
Entry ari ni aku nak cite pasal gizi seimbang..al maklum lew aku neh ngah berdiet..so aku pn search la maklumat pasal pemakanan yg btl..br la aku tau rupanye 2009 ni bulan nutrisi Malaysia..dapat la byk maklumat yg aku x tau selama neh..haha..cite die cam nie..gula sebenarnye sejenis karbohidrat tuk bekalkan tenaga dlm badan..ttp tidak boleh diambil berlebihan..dlm badan kita cuma perlu ade 10% gula je..ha ni ade beberapa tips pemakanan yg sempat aku bc:
- Makan sekurang-kurangnyer 1/2 cawan sayur pada setiap waktu makan
- Makan sekurang-kurangnyer satu jenis buah pada setiap waktu makan
- Pelbagaikan jenis buah dan sayur
- Pilih hidangan yang mengandungi buah dan sayur Contoh : nasi kerabu, nasi ulam, puding buah, rojak buah/sayur, pecal)
- Jadikan buah sebagai snek
- Makanlah ulam dan salad bersama hidangan anda
- Makan sarapan berasaskan bijirin seperti oat, jagung dan capati
- Pilih roti, roti pita, bijirin sarapan pagi dan biskut yang berasaskan bijirin penuh
- Cuba campurkan nasi putih dengan nasi beras perang
- Makan makanan seperti tauhu, tempe dan kacang panggang beberapa kali seminggu
- Makan kekacang atau biji-bijian beberapa kali seminggu Contoh : biji selasih dalam minuman atau kuih yang ditabur bijan.
Bagaimana makan secara sihat??
# Pilih makanan yang berkhasiat untuk memenuhi keperluan diet harian anda
# Pilih makanan yang rendah gula, garam dan minyak
# Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran
# Minum 6 hingga 8 gelas air sehari
# Pilih premis makanan yang bersih
# Kurangkan minyak, garam dan lemak semasa memasak
(contoh: kukus, rebus panggang dan bakar)
# Pilih makan yang bersih dan selamat
No comments:
Post a Comment